Selepas menempuh perjalanan lebih 11 jam menggunakan kereta api berkelajuan tinggi, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi tiba di Kyiv, ibu negara Ukraine.<br /><br />Ketibaan pemimpin nombor satu Indonesia itu untuk bertemu empat mata dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bagi berbincang mengenai krisis negara itu, selain membuka sesi dialog berkenaan krisis global.
